Pertemuan itu berlangsung pada Sabtu malam di luar Persidangan Keselamatan Munich.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China merupakan rakan dagang terbesar Ukraine.
"Ini bukan sesuatu yang mudah dalam keadaan semasa, yang juga menunjukkan potensi serta peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.
"China bersedia bekerjasama dengan Ukraine untuk menghapuskan faktor yang tidak menguntungkan, mempromosikan hubungan dua hala dan membangunkan kerjasama perniagaan," kata Wang sebagaimana dipetik oleh Kementerian Luar China pada Ahad.
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai serta menyokong semua usaha ke arah itu, kata Wang, sambil menambah bahawa China akan terus "memainkan peranan konstruktif dalam penyelesaian politik krisis dan pencapaian keamanan".
Kumpulan "Friends for Peace" mengenai krisis Ukraine yang diilhamkan oleh China dan negara Selatan Global akan terus berusaha membina konsensus bagi menggalakkan rundingan dan proses damai, tambahnya.
-- BERNAMA
