AMERIKA SYARIKAT (AS) akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

RUU yang digubal menerima sokongan daripada wakil kerajaan dan pembangkang semalam dengan pengharaman dilakukan atas dasar memastikan keselamatan negara.

Setakat ini hanya NASA dan Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan model kecerdasan buatan (AI) dari China ini pada peranti milik kakitangan serta anggota.

Sekirnya RUU diluluskan, AS akan mengikuti langkah Taiwan, Korea Selatan dan Australia yang terlebih dahulu mengharamkan penggunaan DeepSeek pada peranti milik kerajaan.

RUU yang diacadangkan ini adalah kurang ekstrem berbanding RUU yang dicadangkan oleh seorang senator awal minggu ini yang ingin mengharamkan terus DeepSeek di AS.

Beliau juga meminta hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda AS$1 juta untuk orang perseorangan dan AS$100 juga untuk syarikat. - Amanz