Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.21 mata atau 0.20 peratus kepada 1,577.67 berbanding 1,580.88 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.26 mata kepada 1,580.62 dan bergerak antara 1,572.51 hingga 1,581.49 sepanjang hari dagangan.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 644 berbanding 347 manakala 525 kaunter tidak berubah, 824 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan susut kepada 3.15 bilion unit bernilai RM2.43 bilion berbanding 3.42 bilion unit bernilai RM2.65 bilion semalam.
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong berkata kebimbangan yang meningkat terhadap cukai yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) serta sentimen kecenderungan menaikkan kadar faedah yang disuarakan Rizab Persekutuan AS mengakibatkan pelabur mengelak daripada pasaran saham di pasaran negara membangun.
"Kami mengekalkan pandangan kami bahawa ketidakstabilan akan terus wujud di tengah-tengah ketidaktentuan daripada kejutan tarif luar.
"Sementara itu, sentimen kurang berminat di dalam negara terus berlaku, dengan pelabur terus menilai prestasi pendapatan korporat baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata keyakinan pelabur kekal lemah, terjejas oleh aliran keluar dana asing yang berterusan dan landskap ekonomi global yang semakin kompleks.
Beliau berkata di seluruh rantau ini, pasaran Asia ditutup kebanyakannya rendah memandangkan pelabur menilai semula implikasi pengumuman tarif terkini oleh Presiden AS Donald Trump.
"Cukai yang dicadangkan ke atas kayu, automobil, semikonduktor dan farmaseutikal yang dijangka berkuat kuasa 'dalam tempoh sebulan atau lebih awal' telah membangkitkan kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan yang semakin meningkat dan potensi gangguan terhadap rantaian bekalan global.
"Aktiviti pengambilan untung dalam saham teknologi China, yang didorong oleh keyakinan mengenai kejayaan kecerdasan buatan DeepSeek, telah menjejaskan lagi penyusutan di peringkat serantau memandangkan pelabur menilai semula penilaian, menyebabkan penjualan secara meluas," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek berkata berikutan peranan kritikal Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor serantau, sebarang pembetulan yang berterusan dalam saham teknologi China boleh memberikan tekanan menurun selanjutnya terhadap pemain tempatan dalam sektor berkenaan.
"Pada masa depan, dengan ketidaktentuan global yang menunjukkan tanda untuk mereda, ketidakstabilan pasaran dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.
"Pelabur akan memantau dengan teliti perkembangan dasar monetari AS, rundingan perdagangan, dan trajektori ekonomi China bagi petunjuk yang lebih jelas. Dalam keadaan ini, pendekatan pelaburan yang berdisiplin dan terpilih adalah amat penting," katanya.
Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 1.24 peratus kepada 38,678.04, Indeks Hang Seng Hong Kong rendah 1.60 peratus kepada 22,576.98, Indeks Straits Times Singapura menyusut 0.17 peratus kepada 3,927.51, Indeks Komposit Shanghai China berkurangan 0.02 peratus kepada 3,350.78, dan Kospi Korea Selatan rendah 0.65 peratus kepada 2,654.06.
Di dalam negara, saham wajaran tinggi Maybank turun enam sen kepada RM10.44, Public Bank rendah lima sen kepada RM4.49, dan Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM13.80.
CIMB naik enam sen kepada RM8.35 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.21.
Bagi kaunter aktif, ES Sunlogy yang mula disenaraikan di Pasaran ACE tidak berubah pada 30 sen,MYEG naik dua sen kepada RM1.02, dan Nationgate Holdings dan Hartalega masing-masing menambah lima sen kepada RM2.10 dan RM2.49 manakala SFP Tech Holdings turun 8.5 sen kepada 40.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 29.02 mata kepada 11,913.38, Indeks FBMT 100 turun 18.79 mata kepada 11,647.01, dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 30.92 mata kepada 11,591.12.
Indeks FBM 70 berkurangan 8.58 mata kepada 17,368.99 dan Indeks FBM ACE rendah 86.63 mata kepada 4,920.53.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 75.35 mata kepada 19,270.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.85 mata kepada 161.20, Indeks Perladangan rendah 30.10 mata kepada 7,392.30 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.58 mata kepada 779.95.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.46 bilion unit bernilai RM2.10 bilion daripada 1.99 bilion unit bernilai RM2.39 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.00 bilion unit bernilai RM107.98 juta berbanding 978.73 juta unit bernilai RM102.18 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 688.42 juta unit bernilai RM221.16 juta berbanding 449.68 juta unit bernilai RM151.94 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 197.67 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (328.13 juta), pembinaan (129.33 juta), teknologi (188.10 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (61.36 juta), hartanah (149.07 juta), perladangan (21.81 juta), REIT (13.98 juta), dana tertutup (2,400), tenaga (115.26 juta), penjagaan kesihatan (152.97 juta), telekomunikasi dan media (29.54 juta), pengangkutan dan logistik (36.91 juta), utiliti (38.05 juta), dan amanah perniagaan (262,300).
-- BERNAMA
