ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Julai 2024.
1. Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu melibatkan status dan bidang kuasa di antara Mahkamah Syariah, harus dijadikan satu dokumen yang kukuh dan disepakati di antara negeri-negeri, mufti serta golongan ulama.
2. Dewan Rakyat: Reben putih di lengan kiri, protes 'reformati' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen pembangkang hari ini memasuki sidang Dewan Rakyat dengan memakai lilitan putih di bahagian lengan kiri masing-masing.
3. Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
Seorang bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, pada 2013.
4. Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim membuat kenyataan: "dia ini anti-Islam", yang dituju kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
5. Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Supermart, isteri bebas, 2 syarikat didenda RM60,000
Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, melepaskan dan membebaskan (DNA) Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart), Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui, masing-masing atas satu pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, pada Mac lalu.
6. Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
7. 39,019 warganegara didaftar automatik sebagai pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
8. "Menang RM4.7 juta, saya nak simpan dalam ASB"
PEMAIN Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahru atau lebih dikenali sebagai Sekyss berkongsi perancangannya selepas beliau dan pasukan menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, malam tadi.
9. Pelaksanaan peralihan tenaga bersistematik mampu angkat Malaysia jadi destinasi pelaburan hijau pilihan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
10. Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama iaitu menjamin kestabilan dan meneruskan proses pemulihan negara sebagaimana terkandung dalam kerangka Kerajaan Perpaduan.
Astro Awani
Mon Jul 15 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Julai 2024.
Pantau Agenda Reformasi: Mengupas Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2025-2035
Bersama Prof Dr Fauzilah Salleh, Ketua Kluster Penyelidikan Undang-Undang & Perniagaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka mulai hari ini - TH
TH membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.
Selebriti lelaki miliki ganja dituduh esok
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Pestasi Won: Cecah paras terendah dalam 15 tahun
Won disebut pada 1,449.9 setiap dolar dalam dagangan dalam negeri setakat tengah hari, selepas membuka sesi pada 1,453.0 setiap dolar, 0.96% lebih rendah daripada hari sebelumnya dan paling lemah sejak 16 Mac 2009.
Dasar Trump: Pasaran saham Asia Tenggara tawar ‘perlindungan’ - Penganalisis
Pelan tarif sasaran pilihan presiden AS itu untuk China mungkin akan mempercepatkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan pelaburan langsung asing yang mungkin memihak kepada rantau ini.
Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht
Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.
SKM peruntuk RM580,000 bantu mangsa banjir di beberapa negeri
Kelantan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM200,000 memandangkan negeri itu mempunyai bilangan mangsa paling ramai yang terkesan akibat bencana banjir.
HSR: Saham MRCB susut ke paras terendah empat bulan
Berikutan penarikan diri MRCB, konsortium itu kini terdiri daripada IJM Construction, Berjaya Rail, KTMB, IJM Corp, dan rakan kongsi teknikal.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.