Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata, proses rayuan haji dibuka lebih awal bagi mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.
"TH akan memberi keutamaan rayuan mahram, pengiring jemaah lanjut usia dan pengiring bagi jemaah kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji pada musim haji 1446H/2025M.
"Para pendeposit TH boleh memuat turun aplikasi THiJARI melalui App Store atau Play Store atau melayari laman sesawang www.thijari.com.my untuk mengetahui proses membuat permohonan rayuan, menyemak kategori rayuan dan status permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919. - Bernama