ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Julai 2024.

1. Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang oleh bekas ahli mereka tidak diisytiharkan kosong kerana Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan.


2. Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi

Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.


3. MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.


4. Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar

Beliau berkata kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara "time-based", namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dibatalkan.


5. SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM

Beliau berkata SSPA akan diumum dan dimuktamadkan semasa Belanjawan 2025.


6. Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden

Perkhabaran terbaharu itu disahkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas selesai Konvensyen Bersatu di Selayang pada Sabtu.


7. Akta Antilompat Parti perlu lebih ketat - Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu wajar dilakukan bagi memastikan negara tidak kucar-kacir dengan tindakan ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi
memperkasa kerajaan setelah dipilih rakyat.


8. UMNO Terengganu perlu berubah fokus tangkis persepsi, tohmahan - Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan itu perlu bermula daripada tumpuan parti yang sebelum ini yang terlalu memfokus kepada politik pembangunan dan perkhidmatan.


9. Kerajaan bersetuju laksana VOP

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata keputusan yang diambil bagi meringankan beban kontraktor itu, sedang dalam proses perbincangan antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).


10. PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan itu dilakukan berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5 peratus.