ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.


1. #AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara pada Sabtu, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.



2. #AgongKita: Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan - PM Anwar

Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kekuatan negara dan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. #AgongKita: Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Berikut ialah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).


4. #AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).


5. #AgongKita: Titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sultan Ibrahim hari ini selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang di Istana Negara.


6. Kapal berlanggar, terbakar: MT Ceres 1 gagal dikesan, nombor pendaftaran meragukan

Sebuah kapal yang terbabit dalam insiden pelanggaran dua buah kapal di kedudukan 25 batu nautika perairan Tanjung Balau dekat sini pada Jumaat dipercayai 'hilang' apabila masih gagal dikesan pada Sabtu.


7. Nur Farah Kartini dibawa ke kebun ubi sebelum dibunuh

Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai dibawa ke beberapa lokasi termasuk sebuah kebun ubi yang diusahakan suspek di Tanjung Malim, Perak sebelum dibunuh.


8. Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP

Umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik, kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).


9. Pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak 

Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak setelah proses penilaian dibuat.


10. Syarikat penerbangan rugi jutaan, industri tuntut penjelasan - Tony Fernandes

Gangguan IT global yang mencetuskan kegagalan sistem serta huru-hara dalam urusan orang ramai telah menyebabkan banyak syarikat penerbangan kehilangan pendapatan mencecah jutaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.