Dengan nilai wang kripto diramalkan akan meningkat lagi tahun depan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Menurut laporan media, ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia menerima pembayaran zakat menggunakan wang kripto.
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata ini antara inisiatif untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat dalam era teknologi mata wang kripto serta rantaian blok.
Dalam laporan yang sama, nilai aset digital yang dimiliki rakyat Malaysia dilaporkan mencecah RM16 bilion dan ia wajib dizakatkan pada kadar 2.5% menurut Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.
Kutipan zakat aset digital meningkat 73 peratus dengan kutipan sebanyak RM25,983.91 pada 2023, manakala untuk tahun ini sekitar RM44,991.97.
Penerimaan pembayaran menggunakan kripto ialah satu lagi inovasi oleh PPZ-MAIWP yang mula menerima pembayaran zakat fitrah menggunakan NFC tahun lalu.