ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Ogos 2024.


1. Peringatan PM Anwar buat Meta: "Usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!"

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas terhadap Meta Platforms Inc (Meta) agar tidak menjadi bacul dan perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel.



2. Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik

Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencekik, mengugut dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli pada Sabtu.


3. IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia

Institut Jantung Negara (IJN) melakar pencapaian terkini dalam penjagaan jantung menerusi pusat rehabilitasi baharu yang dilengkapi teknologi senaman pneumatik termaju.


4. Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu

Dalam nahas 9 Jun lepas, empat maut selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu terbabit dalam kemalangan.


5. Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga ke separuh akhir

Pasangan beregu itu mencipta sensasi apabila mengetepikan wakil Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong, pada saingan suku akhir.


6. Pembunuhan Ismail Haniyeh: "Hipokrasi Barat jijik, memualkan" - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu.


7. Pesakit mental wanita sarat mengandung maut terjatuh dari bangunan hospital

Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu malam tadi.


8. Malaysia antara 10 destinasi mesra kripto - Gobind 

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, ini susulan pembentukan unik bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.


9. MCMC adakan rundingan awam, bangun garis panduan penyedia perkhidmatan Internet, media sosial

MCMC akan mengadakan rundingan awam bagi membangunkan garis panduan komprehensif, memperincikan keperluan etika dan tanggungjawab yang mesti dipatuhi semua pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial. 


10. Olimpik Paris 2024: Zii Jia mara ke suku akhir, tumpaskan Popov di laman sendiri

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan dengan mara ke peringkat suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.