ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Julai 2024.


1. Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH tuntut tunggakan RM100 juta dari Prolintas

Lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) menuntut rundingan penyelesaian bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada Prolintas.



2. Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor

Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.


3. MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 3.15 petang semalam, bagi membantu siasatan satu kes sedang dijalankan.


4. Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu

Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa Rabu lepas.


5. Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos

Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong melalui warta itu memaklumkan warta itu dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas bagi makluman umum bahawa 31 Ogos diisytihar sebagai Hari Sabah.


6. Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan aksesori mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.


7. Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi

Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.


8. Kerajaan tiada halangan bawa LKAN kepada SPRM

Jabatan Audit Negara bebas membawa kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LAN) 2/2024 untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


9. Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai

Individu positif COVID-19 tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah berkuat kuasa 15 Julai ini.


10. Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres

Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.