ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Jun 2024.


1. Pertembungan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim mengumumkan pencalonan rasmi itu sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi.



2. BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara.


3. PRK Sungai Bakap: SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.


4. Jangan tunggang isu BlackRock bagi wujudkan persepsi jahat - Fahmi

Ia bukan sahaja mewujudkan "kepalsuan", malah menyifatkannya sebagai a very short sighted approach yang mampu merosakkan perancangan negara.


5. Serangan asid: Tun Mahathir hadir beri 'tonik' untuk Faisal Halim kembali pulih

Di saat-saat dirinya masih mencari kekuatan untuk pulih dari segi fizikal dan mental, penyerang skuad bola sepak kebangsaan Faisal Halim seakan-akan menerima 'tonik' yang tidak diduga.


6. Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua

Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding bagi penggal 2024-2027 pada pemilihan parti kali ini.


7. Pelaksanaan kabotaj kembali suburkan industri perkapalan di Sarawak - Loke

Pengecualian dasar kabotaj yang dilaksanakan pada 2017, iaitu membenarkan kapal asing membawa dan memunggah barangan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, dilihat tidak begitu membantu menurunkan kos barangan di dua wilayah itu.


8. Kedudukan Malaysia dalam ranking Daya Saing Dunia IMD 2025 akan bertambah baik - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penurunan eksport berteknologi tinggi negara, yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam senarai itu merupakan situasi jangka pendek dan skor tersebut dijangka meningkat bagi ranking 2025.  


9. Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata isu keadaan khemah yang sempit semasa di Mina adalah di luar bidang kuasa Lembaga Tabung Haji (TH).


10. Kestabilan politik, dasar jelas jadikan Sarawak gergasi ekonomi baharu Malaysia - PM

Kestabilan politik dan dasar jelas yang dipegang oleh kepimpinan Sarawak telah membolehkan negeri itu bangkit sebagai gergasi ekonomi baharu di Malaysia.