ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.


1. Sokongan antarabangsa yang meningkat cerminkan penerimaan, sokongan global untuk hak Palestin

Peningkatan sokongan antarabangsa untuk Palestin mencerminkan penerimaan dan sokongan global untuk hak rakyat Palestin, kata Dekan Majlis Duta Arab di Kuala Lumpur (AACKL), Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid.



2. PM Anwar sedih atas pemergian Prof Chaiwat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih yang mendalam atas pemergian Prof Chaiwat Satha-Anand, seorang peguam bela keamanan terkenal dan pengasas Pusat Maklumat Keamanan Thailand (TPIC).


3. PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor

Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mahu mengukuhkan hubungan dan memastikan lebih banyak projek menang-menang dengan Malaysia, sempena ulang tahun ke-100 Tambak Johor.


4. Gempa bumi kuat gegar pantai Peru

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai Peru pada 1.36 tengah hari tadi.


5. Tiga maut, puluhan cedera dalam kemalangan bas di Peru

Sekurang-kurangnya tiga terkorban dan puluhan cedera dalam kemalangan jalan raya di selatan Peru susulan pertembungan dua buah bas awal pagi Khamis.


6. Dua terbunuh, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Rusia

Sekurang-kurangnya dua penumpang terbunuh dan puluhan cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di utara Rusia, kata pengendali kereta api negara itu pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).


7. 103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal

Pihak berkuasa imigresen Indonesia telah menahan 103 warga asing yang disyaki menyalahgunakan permit izin tinggal dan terlibat dalam jenayah siber semasa operasi penguatkuasaan di pulau percutian Bali, kata ketua pengarah Imigresen, Silmy Karim.


8. Debat Biden-Trump: Mikrofon lawan ditutup ketika hujah dimulakan, tiada penonton di studio

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan bekas presiden Donald Trump akan berdepan satu lawan satu dalam Debat Presiden di Atlanta, Georgia hari ini (Jumaat).


9. Pentadbiran Biden sangat teruk, paling buruk dalam sejarah - Trump

Calon Presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membidas kenyataan Presiden Joe Biden mengenai siapa yang lebih baik dalam mengurus ekonomi negara.


10. Pasangan panda gergasi China tiba di AS

Dua panda gergasi, Yun Chuan dan Xin Bao tiba di California dari China pada Khamis untuk kerjasama 10 tahun dengan Zoo San Diego, menandakan fasa baharu dalam usaha perlindungan panda antara China dan Amerika Syarikat (AS).