NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disabitkan kesalatan atas semua 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan.
Barisan 12 orang juri mengambil masa dua hari untuk berbincang sebelum mencapai keputusan sebulat suara ke atas Trump.
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden disabitkan dengan kesalahan jenayah.
Hukuman ke atas Trump akan ditetapkan 11 Julai depan.
Beliau berdepan hukuman penjara, namun pakar undang-undang menjangkakan Trump hanya akan dikenakan denda.
Trump dalam pada itu menyifatkan keputusan sebagai sesuatu yang memalukan dan turut mengecam hakim perbicaraan.
Keputusan ini diumumkan ketika Trump masih dalam kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Trump sedang berusaha untuk kembali ke White House.
Sepanjang perbicaraan, mahkamah mendengar keterangan daripada 22 saksi, termasuk pelakon porno, Stormy Daniels.
Hubungan dengan wanita berkenaan menjadi punca kes pendakwaan terhadap Trump.
Trump didakwa memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran wang dibuat kepada Daniels, untuk menutup mulut pelakon itu sebelum Pilihan Raya Presiden pada 2016.
Astro Awani
Thu May 30 2024

Trump menyifatkan keputusan sebagai sesuatu yang memalukan dan turut mengecam hakim perbicaraan. - Foto REUTERS

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.