ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mei 2024.


1. Diserang sakit jantung semasa tawaf di Masjidilharam, jemaah haji Malaysia kedua meninggal dunia

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, pada Rabu lepas.



2. China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid

China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


3. Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB

Nabil Abu Rudeineh, jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.


4. Ketua agensi pelarian PBB gesa Majlis Keselamatan bantu jutaan mangsa perang jadi pelarian

Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mencegah jutaan lagi orang mangsa perang, keganasan dan penganiayaan daripada menjadi pelarian.


5. Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang

Kumpulan Hamas memberitahu tidak akan mengambil bahagian dalam rundingan gencatan senjata ketika Gaza terus dibedil Israel.


6. Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel

Seorang warga Palestin berusia 20 tahun terbunuh dalam serbuan dilakukan polis Israel di bandar Al-Bireh di Tebing Barat pada Khamis.


7. Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS

Amerika Syarikat (AS) sifatkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang dikemukakan Algeria sebagai tidak adil.


8. Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disabitkan kesalatan atas semua 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan.


9. 22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.


10. Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan

Thailand mengeluarkan senarai 93 negara yang dikecualikan visa, dalam usahanya untuk merancakkan lagi sektor pelancongan.