WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump telah bersetuju untuk mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya Presiden tahun ini.
Debat antara Biden dan Trump yang dianggap calon Presiden mewakili parti Demokrat dan Republikan akan disiarkan oleh dua rangkaian televisyen CNN dan ABC, lapor Xinhua.
"Saya telah menerima jemputan daripada @CNN untuk debat pada 27 Jun. Giliran anda, Donald. Seperti yang anda katakan: di mana sahaja, pada bila-bila masa, di mana-mana tempat," kata Biden menerusi hantaran di X.
Menurut Presiden, beliau juga telah menerima jemputan untuk satu lagi debat yang dihoskan oleh ABC pada 10 Sept.
Sementara itu, Trump mengesahkan bahawa beliau akan berdebat dengan Biden pada dua waktu yang dicadangkan iaitu Jun dan September, sambil menambah bahawa beliau sangat mengesyorkan lebih daripada dua debat.
Menurut CNN, debat itu akan diadakan di studio Atlanta rangkaian berkenaan tanpa kehadiran penonton.
ABC juga melaporkan bahawa Biden dan Trump telah bersetuju untuk debat waktu perdana di studio ABC News. - BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
![Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709786510_TBMASHUPORANG.jpg)
Joe Biden (kanan) dan Donald Trump telah bersetuju untuk mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya Presiden tahun ini. - Gambar fail
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707054100_TBaureliehermansyah.jpg)
Pemilu 2024: KD dan anak berbeza fahaman tapi tidak bercakaran
Beberapa nama besar dalam dunia hiburan dan budayawan Indonesia turut hadir ke Jakarta Convention Center bagi mengikuti debat tersebut.
![Trump kembali ke White House selepas 6 hari dijangkiti COVID-19 Trump kembali ke White House selepas 6 hari dijangkiti COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602036090_DonaldTrump.jpg)
Trump kembali ke White House selepas 6 hari dijangkiti COVID-19
BIARPUN baru enam hari terkena jangkitan COVID-19, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilapor kembali menjalankan tugasnya di Oval Office, White House pada Rabu.
![Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza? Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41476081003_TrumpClinton.jpg)
Debat presiden AS pusingan kedua: Apa yang berbeza?
Berbanding pusingan pertama, debat kali ini menampilkan format berlainan dan kedua-dua calon bertembung sengit dalam isu peribadi.