ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Jun 2024.


1. China negara paling banyak kemuka permohonan paten pada 2022 - Laporan

China menjadi negara yang paling banyak mengemukakan permohonan paten di dunia, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan permohonan pada 2022.



2. Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat

Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus, menurut Agensi Pekerjaan Persekutuan (BA) pada Jumaat.


3. Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai

Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini, mengikut jurucakap Pusat Pilihan Raya Iran, Mohsen Eslami seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Republik Islam (IRNA).


4. Indonesia akan kenakan tarif import sehingga 200 peratus barangan China

Indonesia akan mengenakan tarif import sehingga 200 peratus ke atas barangan China bagi mengurangkan kesan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, lapor ANTARA.


5. Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan

Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.


6. Lebih 625,000 kanak-kanak Gaza tidak bersekolah - UNRWA

Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Jumaat mendedahkan lebih 625,000 kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih lapan bulan peperangan di Gaza.


7. Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat

Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam, lapor Agensi Anadolu.


8. Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat

Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.


9. Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai

SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.


10. Selamat jalan kumpulan terakhir jemaah haji Iraq, pulang menerusi pintu sempadan Jdeidet Arar

Pihak berkuasa di pintu masuk Jdeidet Arar di wilayah sempadan utara mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir jemaah haji Iraq yang telah menyelesaikan ibadah Haji mereka.