ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Jun 2024.


PRK DUN Nenggiri ditetapkan pada 17 Ogos

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.43 Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos. Tarikh penamaan calon 3 Ogos. Undi awal 13 Ogos.



Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara

Majlis Olimpik Malaysia sedia berbincang dengan Yonex bagi menambah baik pakaian rasmi kontinjen Malaysia menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024.


Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer bagi mengumpul dana berjumlah RM100,000 bermula pagi ini.


4. Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM

SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.


5. "Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding

Keahlian dan jawatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga telah dilepaskan sejak September tahun lalu.


6. Noraniza Idris kembali ke pentas dengan konsert Qalam

Konsert 'Qalam Noraniza Idris' bakal berlangsung di Panggung Bangsawan, Melaka, pada 27 hingga 29 September depan.


7. Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah

Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


8. Seramai 159,027 lepasan SPM ditawar lanjut pengajian di IPTA

Seramai 159,027 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ditawarkan ke tempat bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).


9. Bersatu kekal tanding PRK DUN Nenggiri - Muhyiddin

Bersatu akan menghantar calon mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos depan.


10. Kerajaan beri perhatian serius usaha angkat martabat seni, sastera negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.