ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Jun 2024.


1. Pekerja IT hilang rupanya dipercayai sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang

Misteri kehilangan seorang pekerja teknologi maklumat sejak Sabtu lalu terungkai apabila kereta jenis BMW milik mangsa ditemukan terbabas di Jalan Lebuhraya Puchong menghala Bukit Jalil, di sini.



2. Tiada penjualan MAHB, pemilikan saham Khazanah, KWSP meningkat kepada 70 peratus - PM

Kerajaan menegaskan tiada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat asing seperti mana yang didakwa segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP

Pasangan yang mengambil keputusan tidak mahu mempunyai anak kerana terpengaruh dengan fahaman 'childfree' disifatkan sebagai bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan.


4. Video tular: Lelaki didakwa curang tak mengaku bersalah pukul isteri

Tertuduh, Mohd Ridwan Mat Nasir, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan dibacakan.


5. SPRM tahan dalang utama kes kontena terbang

Lelaki  disyaki dalang utama dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya 5 petang semalam.


6. Polis jadi sasaran utama kumpulan pengganas Daesh - Saifuddin

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mengenal pasti modus operandi kumpulan itu yang menjadikan orang kenamaan dan pasukan polis sebagai sasaran utama.


7. Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL

Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda dikenakan Malaysian Football League kepada pasukan itu.


8. Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin

Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.


9. Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.


10. PRK Sg Bakap: Jentera Perpaduan jangan leka - Ahmad Maslan

Gerak kerja jentera Kerajaan Perpaduan perlu dilipat gandakan bagi memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan itu 6 Julai ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan.