ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Jun 2024.
1. BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion
Susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun, bahawa “BlackRock ada operasi atau pun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di seluruh negara dan di pasaran saham”, data menunjukkan BlackRock mempunyai kepentingan dalam saham Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.
2. Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
"Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan," demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin.
3. 'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing
Pihak yang terlibat digesa menahan diri daripada menyerang langkah-langkah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan tanpa asas melalui semua saluran untuk agenda peribadi.
4. Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan Gunung Kinabalu, Mesilau, Kundasang, dekat sini, awal pagi Ahad.
5. Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan kedudukannya dan lima lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) masih di blok pembangkang.
6. Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki terlibat kegiatan ekstremisme dan elemen radikalisme Daesh, dalam operasi serentak di empat negeri pada 22 dan 23 Jun.
7. Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri.
8. 'Ejen insurans' bunuh pencarum untuk dapat pampasan
Kegiatan satu sindiket 'ejen insurans' yang menggunakan taktik kejam membunuh pencarum bagi menuntut pampasan insurans nyawa yang bernilai RM500,000 melibatkan kejadian di Kulai, bulan lalu terbongkar.
9. Isu BlackRock: Ahmad Zahid sifatkan kenyataan Tok Mat bersifat peribadi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kenyataan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung dakwaan penyertaan syarikat BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP) dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd. (MAHB) adalah bersifat peribadi dan bukan parti.
10. Ungkapan ‘lembu kenyang’ punca Dewan Rakyat kecoh
“Kerajaan seperti lembu kenyang.”
Demikian kata Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin ketika berbahas pada Sesi Penerangan Penyasaran Semula Subsidi Diesel oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Astro Awani
Mon Jun 24 2024

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Jun 2024.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.