ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Julai 2024.

1. Taburan hujan rendah sebabkan panas, kering hingga September - MetMalaysia

Keadaan itu berlaku berikutan negara berada dalam musim monsun barat daya sejak 17 Mei lalu.


2. Tokoh Wayang Kulit, Mukhti Mohd diiktiraf sebagai Tukang Cerita Storyteller Guild

Mukhti merupakan satu-satunya Tok Dalang di Kampung Sg Nibong yang mempersembahkan Wayang Kulit Jawa sejak tahun 1948 lagi.


3. Filem Abang Adik rangkul dua anugerah utama pada Malaysia Golden Global Awards 2024

Filem sulung arahan penerbit dan pengarah rakyat Malaysia Jin Ong itu berkisar tentang kehidupan Abang (Wu) yang pekak dan bisu serta Adik (Tan).


4. Perkhidmatan media sosial perlu berlesen langkah tepat - Ahmad Zahid

Langkah boleh menangani peningkatan kes jenayah siber termasuk penggunaan akaun palsu dalam media sosial, termasuk menabur persepsi negatif terhadap kerajaan.


5. Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali

Siasatan bagi memastikan sama ada kapal negara asing itu benar-benar berlabuh di kawasan berkenaan atau hanya sekadar melalui lokasi tersebut.


6. Malaysia sudah hantar surat permohonan sertai BRICS - Anwar

Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Rusia selaku Pengerusi BRICS.


7. Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad ketika hadir memberi keterangan.


8.  Awas! 3,000 km persegi Hutan Belum dilengkapi kamera

Menyedari Hutan Royal Belum sebagai benteng terakhir Harimau Malaya, mahu atau tidak, penggunaan teknologi menjadi keutamaan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).


9.  Perundangan baharu tingkat keselamatan dalam talian dibentang Oktober - Azalina

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata antara lain undang-undang itu bakal meletakkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan penyedia perkhidmatan pesanan Internet.


10. KPT kerjasama dengan Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Bangladesh

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memantau keselamatan pelajar yang masih berada di Bangladesh menerusi kerjasama dengan Wisma Putra, kata Menterinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.