1. Dakwaan iktiraf Israel: 'Saya serang Israel habis-habisan' - PM
Perdana Menteri berkata temu bual tersebut diambil luar daripada konteks yang tepat, dan menegaskan bahawa pendirian Malaysia kekal iaitu tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel.
2. Johor catat sejarah, rekod terimaan lebihan RM2 bilion tahun ini - Onn Hafiz
Johor mencatat sejarah apabila diunjurkan bakal menerima hasil RM2.005 bilion tahun ini, pertama kalinya negeri merekodkan hasil melebihi RM2 bilion.
3. Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan berikrar untuk menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya.
4. 'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pentadbirannya yang memasuki usia dua tahun sebagai masih baharu dan terlalu awal untuk menilai keseluruhan pencapaian Kerajaan Perpaduan.
5. Tempoh rehat Jumaat dua jam mulai tahun depan - MB Johor
Kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini.
6. Mahkamah perintah PDRM lengkap siasatan kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tempoh enam bulan bermula Khamis.
7. Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
8. Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Seorang bayi lelaki selamat namun tiga ahli keluarganya maut dalam kemalangan di Kilometer 2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) 2 arah Sungai Buloh menghala ke Tol Segambut, pagi tadi.
9. Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
10. PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.