ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.


1. 'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi berita gembira bahawa baginda kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



2. Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan

JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada selepas insiden di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 10 November lalu.


3. Mahu penuhi hasrat Allahyarham Tun Daim, isteri tekad teruskan perbicaraan

Tidak ada keperluan bagi Peguam Negara mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Allahyarham Tun Daim Zainuddin.


4. Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di sini, pada petang Isnin.


5. Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'

Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.


6. Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah

Hakim Leong Wai Hong membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman berkenaan.


7. Global kini perhatikan Malaysia, sikap terbuka tapi tegas jadi tarikan - PM Anwar

Penyertaan Malaysia dalam pelbagai persidangan dan lawatan rasmi menunjukkan betapa pentingnya pandangan negara dalam membentuk hubungan antarabangsa.


8. Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang

Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.


9. Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.


10. Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah

Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih AS$346 juta, yang didakwa diperoleh daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).