ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 November 2024.


1. PM bertemu wakil Google, bincang isu AI, pusat data 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat teknologi gergasi, Google, di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di Peru, Lima, pada Khamis petang waktu tempatan. 



2. Aksi Perak-JDT: FAM rehatkan dua pengadil bertugas

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR) yang bertugas pada aksi Liga Super Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad lalu. 


3. Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh

Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini, ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.


4. KDNK Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Gabenor BNM

pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh aktiviti pelaburan yang memberangsangkan dan peningkatan eksport berterusan.


5. Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN

Terdapat keperluan untuk satu perubahan drastik terhadap budaya kerja dan tahap integriti dalam diri warga PDRM.


6. Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi

Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.


7. Perbendaharaan AS gugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan rakan dagang

Malaysia digugurkan daripada senarai pemantauan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi rakan dagang utama dengan amalan mata wang dan dasar makroekonomi yang memerlukan perhatian rapi negara itu.


8. Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat dalam usia 78 tahun.


9. Pasukan MLBB Malaysia muncul juara dunia

Pasukan Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MLBB) mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi hari ini.


10. Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast

Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan jemaah sebuah masjid di Gold Coast, walaupun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.