1. PM Anwar dianugerah pingat ‘El Sol del Peru’
Pingat itu disampaikan oleh Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra pasca pertemuan kedua-dua pemimpin di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).
2. MKI sahkan ajaran GISB, Nasiruddin Ali sesat dan menyeleweng - Nooh Gadut
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.
3. Rizalman Ibrahim dilantik Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Pelantikan itu dibuat dalam usaha universiti berkenaan meningkatkan kecemerlangannya sebagai sebuah universiti perdana dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
4. Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih diteruskan ketika ini dan pihak SPRM sudah merakam percakapan 14 individu sebelum ini.
5. KPM setuju pengambilan guru baharu dipecah mengikut tiga wilayah
Itu adalah antara keputusan penting yang dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Negeri Sabah.
6. Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan pelanggaran sempadan maritim
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 Nov lepas disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979.
7. Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-31 (AELW) 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
8. Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
9. Aduan kes buli ditangani mengikut SOP, garis panduan ditetapkan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menangani setiap aduan melibatkan kes buli di sekolah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian itu.
10. KPN cadang tubuh Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan pada tahun depan bagi menangani sebarang permasalahan perpaduan termasuk berkaitan isu raja, agama dan kaum (3R), kata Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang.