1. Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis, lapor Sputnik berdasarkan catatan setiausaha akhbar pemimpin Amerika Selatan Manuel Adorni di media sosial.
2. Genosid di Gaza: Hentikan penjualan senjata kepada Israel sekarang! - Jeremy Corbyn
Kerajaan United Kingdom (UK) didakwa enggan mengaku perang di Gaza sebagai genosid kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.
3. Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Polis Persekutuan Brazil pada Khamis mendedahkan bahawa dua letupan di luar bangunan kerajaan di Brasilia disiasat sebagai sebahagian daripada rancangan keganasan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan.
4. PM bertemu wakil Google, bincang isu AI, pusat data
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat teknologi gergasi, Google, di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini pada Khamis petang waktu tempatan.
5. Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Menteri Luar Kanada Melanie Joly meluahkan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan "bencana" di Gaza, memberi amaran bahawa tahap kekurangan zat makanan akut telah mencapai tahap melampau yang mengancam nyawa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
6. Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
7. Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
8. Kerabat tertua keluarga diraja Jepun, Puteri Yuriko meninggal dunia pada usia 101 tahun
Puteri Yuriko, kerabat tertua keluarga diraja Jepun dan ibu saudara kepada Maharaja Naruhito meninggal dunia pada usia 101 tahun di sebuah hospital di Tokyo awal pagi Jumaat, lapor agensi berita Kyodo.
9. Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan telah memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' (suicide drone) dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata udara tersebut pada Jumaat.
10. MP New Zealand ganggu sidang Parlimen dengan tarian haka, bantah Rang Undang-Undang Orang Asli
Parlimen New Zealand digantung sebentar pada Khamis selepas Ahli Parlimen dari suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka untuk mengganggu undian pada Rang Undang-Undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori.