Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemungkinan korban, kata Datuk Bandar ibu kota wilayah Malatya, Sami Er, kepada CNN Turk.
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Empat orang diselamatkan tanpa mengalami kecederaan dari sebuah bangunan yang rosak di Elazig, menurut agensi pengurusan bencana AFAD.
Pihak berkuasa menggesa penduduk untuk kekal di luar rumah buat sementara waktu.
Malatya adalah antara kawasan yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang melanda tenggara Turkiye dan negara jiran Syria pada 6 Okt 2023, yang mengorbankan 50,000 orang.
Lebih 1,000 orang terkorban di Malatya.
Ramai penduduk di wilayah itu masih tinggal di tempat perlindungan kontena kecemasan hari ini, selepas puluhan ribu bangunan musnah akibat gempa bumi berkembar pada 2023.
-- BERNAMA