ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 Disember 2024.


1. Ketua sindiket rakyat Malaysia, isteri ditahan kes gubah wang haram 5 bilion baht

Polis Thailand membanteras sindiket penipuan utama yang melakukan pengubahan wang haram lebih 5 bilion baht susulan penahanan ketua kumpulan rakyat Malaysia dan isterinya.



2. Amaran banjir dikeluarkan di timur laut Australia

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran "Watch and Act" untuk komuniti di sepanjang Jandowae Creek dan kawasan South Burnett.


3. 11 maut dalam kebakaran kafe di Vietnam

Kebakaran kira-kira 11 malam di Pham Van Dong street, daerah Bac Tu Liem dipercayai berpunca daripada bom petrol.


4. Selesema burung, California isytihar darurat

Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.


5. 10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia

Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.


6. 13 maut selepas bot tentera laut India, feri penumpang berlanggar

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas bot laju Tentera Laut India dan sebuah feri penumpang berlanggar di perairan Mumbai.


7. Rusia tahan suspek pembunuhan ketua pasukan perlindungan nuklear di Moscow

FSB telah menyerahkan suspek kepada Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dan suspek dikatakan mengaku telah direkrut perkhidmatan khas Ukraine.


8. Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok

Mahkamah Agung AS pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance.


9. Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data

Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.


10. Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa

Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastruktur.