MOSCOW: Ribut 'ganas' yang melanda Moscow pada Jumaat telah mengorbankan dua orang dan mencederakan 35 yang lain, kata perkhidmatan kecemasan Rusia kepada Sputnik.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan berkata enam kanak-kanak turut cedera dalam kejadian itu.

Ribut dengan kekuatan angin seperti taufan dan hujan lebat yang menyebabkan 1,185 pokok tumbang di seluruh bandar.

Pokok tumbang menyebabkan satu kematian, mencederakan 12 yang lain dan merosakkan 643 kereta.

Seorang lagi meninggal dunia akibat terjatuh apabila tiupan angin kencang menyebabkan perancah runtuh.

-- BERNAMA