GEMPA bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana pada 7.36 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112 kilometer (km) iaitu 2,156 km tenggara dari Yokosuka, Jepun.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan itu.

-- BERNAMA