KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku 22 kilometer (km) Timur Laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 24 km.

Agensi itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

-- BERNAMA