1. Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 43,846, cedera 103,740
Pasukan pendudukan Israel melakukan enam pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 47 rakyat Palestin terbunuh dan 139 yang lain cedera, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik laporan perubatan.
2. Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan Israel menyasarkan sebuah bangunan di tengah Beirut telah membunuh jurucakap Hezbollah Mohammad Afif, menurut pegawai kumpulan pejuang Lubnan itu.
3. Pejuang Houthi lancar operasi ketenteraan, serang sasaran kritikal Israel
Pejuang Houthi dari Yaman umum melancarkan operasi ketenteraan terhadap Israel, dengan menyerang beberapa sasaran ketenteraan kritikal pada Ahad.
4. Kebocoran gas klorin: 60 dikejarkan ke pusat perubatan di Iran
Enam puluh individu di wilayah Isfahan, tengah Iran dikejarkan ke pusat perubatan selepas disyaki terhidu gas klorin pada Ahad, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).
5. Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Ukraine untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan negara itu untuk menguasai Rusia, kata seorang pegawai kanan AS.
6. AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
7. Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di Persidangan Perubahan Iklim (COP30) yang bakal diadakan di Brazil tahun depan.
8. COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon di bawah Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia (ASEAN-BAC-MY).
9. Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Menteri Keadilan Thailand Tawee Sodsong bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mengadakan lawatan ke Penjara Narathiwat bagi meninjau keadaan dan layanan terhadap banduan, khususnya banduan warga Malaysia.
10. Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia menerima kejutan apabila disimbah cat hitam pada Sabtu ketika beliau bersedia untuk mengesahkan keputusan akhir pemilihan Parlimen yang berlangsung bulan lalu.