ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.


1. Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia

Allahyarham, bekas Ketua Wanita UMNO dan bekas Ahli Parlimen Paya Besar, berusia 75 tahun.



2. MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM

MCPF merasakan tindakan menyeksa hingga menyebabkan kematian seseorang itu jelas bertentangan dengan norma kehidupan manusia.


3. Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan

Hasrat itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).


4. Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN

Tan Sri Razarudin Husain berkata, Bukit Aman sudah menerima cadangan daripada Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris untuk menahan kerja anggota polis terbabit.


5. Elak dapatkan nasihat, letak harapan kepada bomoh - Mohd Na'im

Umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT.


6. 400 sertai perhimpunan aman di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun

Perhimpunan julung kali dianjurkan SSM2.0 tahun ini, turut disertai beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai Pengerusi SSM2.0, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.


7. UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul

Demikian peringatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.


8. Suku kaum Jahai benteng terakhir Harimau Malaya

Difahamkan, hampir 300 Orang Asli suku kaum Jahai mendiami hutan tebal Royal Belum sehingga bersempadan Malaysia-Thailand. Jahai dan Harimau Malaya, kedua-duanya sangat sangat sinonim.


9. Rusia dan China alu-alukan keanggotaan Malaysia dalam BRICS
 
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Rusia dan China mengalu-alukan pernyertaan Malaysia dalam BRICS.


10. Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO

Malaysia sekali lagi mengukir kejayaan di persada dunia apabila Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.