ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Ogos 2024.


1. Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional

Perkara itu didedahkan pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.



2. PRU16: KJ dakwa ada unjuran ramal Ahmad Zahid jadi PM ke-11

KJ berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri pula didakwa akan disandang oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN

MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.


4. Kanak-kanak 12 tahun pandu kereta mengaku tidak bersalah

Kanak-kanak itu s mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu kereta jenis Perodua Viva, atas jalan walhal umurnya sewaktu kejadian ialah 12 tahun dan tiga bulan.


5. Ketua Pengarah UKAS, Datuk Seri Shamsul Azri dilantik sebagai KSN baharu

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos 2024.


6. Kumpulan pelaksana dijangka terima kenaikan gaji tertinggi

Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.


7. Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Meta bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus mengadakan perbincangan dan menerima maklum balas serta input daripada kerajaan.


8. Video tular: Lelaki serang, cederakan bekas teman wanita dengan pisau ditahan 

Polis menahan seorang lelaki selepas dia menyerang bekas teman wanitanya dengan pisau di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, Butterworth, Ahad lepas.


9. Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh semua perjalanan ke Bangladesh 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata ia sedang memantau rapi keadaan di Bangladesh menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.


10. Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam protes di UK 

Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia sedang giat memantau keadaan di UK menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana.