ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Ogos 2024.


1. 29 ular sawa ditangkap dalam longkang restoran di Seksyen 20, Shah Alam

Sebanyak 29 ekor ular sawa ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam, malam tadi.



2. ‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis

Sukan Malaysia ada satu penyakit yang mana persatuan sukan hanya memberi tumpuan kepada atlet yang menang sahaja.


3. Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025

Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memasang 'impian besar' untuk menjadi antara individu terpantas di benua Asia bermula tahun hadapan.


4. Penganggur tak mengaku salah 8 pertuduhan culik Albertine Leo

Dia turut didakwa memiliki pornografi kanak-kanak iaitu 30 keping gambar penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam sebuah telefon bimbit.


5. Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar

Wujud kepentingan dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara terlibat meskipun memiliki kepentingan serta pandangan politik yang berlainan.


6. Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal

Atlet berusia 25 tahun itu menamatkan saingan di tempat kelapan pada aksi separuh akhir dengan kutipan 286.95 mata.


7. Hari ASEAN ke-57: PM Anwar seru perpaduan untuk rantau yang aman dan makmur

Sempena sambutan ulang tahun ke-57 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menekankan kepentingan negara-negara anggota bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur.


8. Nik Nazmi tawar diri bertanding jawatan Presiden KLFA

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).


9. PRK Nenggiri: BN tumpu kempen akar umbi berbanding ceramah besar-besaran - Ahmad Maslan

Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.


10. CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.