ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Ogos 2024.


1. Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan

Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.



2. Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan

Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.


3. Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK

Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.


4. Kumpulan penjenayah bersenjata bunuh juruterbang New Zealand di Papua Tengah

Seorang juruterbang New Zealand telah dijadikan tawanan dan dibunuh oleh kumpulan pemisah di Mimika, wilayah Papua Tengah pada Isnin.


5. PM Srettha, kerajaan Thailand pantau rapat krisis Asia Barat

Kerajaan Thailand sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat dan bersedia untuk memberikan bantuan segera kepada rakyat negara itu sekiranya berlaku kecemasan.


6. Pembentukan kerajaan sementara Bangladesh: Ketua tentera jumpa penunjuk perasaan

Ketua tentera Bangladesh akan bertemu pemimpin protes pelajar pada Selasa ketika negara itu menunggu pembentukan kerajaan baharu.


7. Monopoli carian dalam talian Google tidak sah - Hakim AS

"Google adalah monopolist dan ia bertindak sebagai satu-satunya (enjin carian) untuk mengekalkan monopolinya," kata Hakim Amit Mehta.


8. Iran ada hak hukum Israel atas pembunuhan Ismail Haniyeh - Nasser

Tiada siapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis.


9. Protes antipendatang merebak ke barat daya England

Ratusan penunjuk perasaan antipendatang yang memakai bendera Britain dalam rusuhan cuba dileraikan oleh pihak polis.


10. Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby

Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.