ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Ogos 2024.


1. PM Anwar akui hilang tonggak penting perkhidmatan awam dengan persaraan Mohd Zuki

Anwar berkata, kewibawaan Mohd Zuki terserlah apabila beliau bekerja tanpa mengira waktu, termasuk semasa cuti hujung minggu, apabila khidmatnya diperlukan.



2. 'Tiada negara seberani Malaysia sokong Palestin' - Mufti Perlis

Tiada negara lain yang seberani kerajaan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap isu Palestin dan mengutuk kekejaman Israel.


3. “Arwah Jay Jay suami penyayang sepanjang 40 tahun berkahwin” - Isteri

Menurut balu kepada empat cahaya mata ini, dia bersyukur berada berada di sisi sebelum suaminya menghembuskan nafas terakhir.


4. SSPA: Penjawat awam boleh kira kadar gaji baharu minggu depan

Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan kerajaan.


5. Keadaan di UK membimbangkan, rakyat Malaysia perlu jauhi kawasan protes

Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang telah berubah kepada bentuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.


6. Zahid mohon maaf tersasul di Himpunan Pembebasan Palestin

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafannya ketika berpidato pada Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad malam.


7. Perbuatan Meta jelik, hina penderitaan rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri

Tindakan Meta menurunkan beberapa hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kematian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, adalah jelik dan bersifat diskriminasi.



8. Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya hujung bulan ini

Maybank akan menamatkan perkhidmatan aplikasi mudah alih Maybank2u MY pada 28 Ogos 2024.


9. Olimpik Paris 2024: Zii Jia sumbang pingat kedua untuk Malaysia

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meraih pingat kedua untuk negara di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan Lakshya Sen dari India di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.


10. ADUN Rembia tahu implikasi sebelum tandatangan surat perjanjian - Ahmad Maslan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis tahu mengenai implikasi surat perjanjian dan aku janji ditandatangani setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang antara lain menyatakan denda RM100 juta jika mengkhianati parti.