Ringkasan AI
- Peguam Khas AS, Jack Smith, memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap Donald Trump, termasuk kes memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit.
- Kes memanipulasi keputusan pilihan raya digugurkan tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Tanya Chutkan di Washington, sementara kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida.
- Smith menyatakan bahawa kes memanipulasi keputusan pilihan raya perlu digugurkan sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan, walaupun pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan tidak berubah.
Kes memanipulasi keputusan pilihan raya itu secara rasmi digugurkan tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Tanya Chutkan di Washington, selepas Smith mengemukakan permohonan untuk menggugurkannya.
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Dalam pemfailan mahkamah pada Isnin, Smith menyatakan keputusannya untuk menggugurkan kes memanipulasi keputusan pilihan raya itu berdasarkan keperluan Perlembagaan bahawa "kes itu perlu digugurkan sebelum defendan mengangkat sumpah jawatan."
"Pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan terhadap defendan tidak berubah," kata Smith.
Pendakwaan terhadap Trump - berhubung usahanya untuk membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 dan dakwaan pemilikan dokumen pertahanan negara secara tidak sah selepas meninggalkan rumah Putih - menandakan satu bab yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah AS.
Trump telah berikrar untuk memecat Smith selepas kembali ke Rumah Putih.
-- BERNAMA