ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Ogos 2024.


1. Anwar bakal bertemu Vladimir Putin, bincang soal ekonomi

Antara perkara utama yang akan dibincang dalam pertemuan tersebut ialah mengenai potensi kerjasama ekonomi.



2. Shamsul Anuar wakil Malaysia di upacara pengebumian Ismail Haniyeh

Beliau akan diiringi Senator Datuk Seri Mujahid Yusof dan para pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.


3. ADUN Mahkota meninggal dunia 

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, disahkan sudah meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi. 


4. Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah gigih 'robohkan' tembok China, tewas di separuh akhir

Pasangan beregu wanita itu gagal menyekat kemaraan pemain di kedudukan nombor satu dunia  apabila tewas pada saingan rubber set 21-12, 18-21 dan 21-15.


5. Kes culik: 4 lelaki ditembak mati, babitkan tebusan RM5.5 juta

Kedua-dua mangsa diculik pada 11 Julai lalu dan dibebaskan empat hari kemudian di tepi jalan Pedas-Linggi, Negeri Sembilan selepas wang tersebut dibayar.


6. Turun hantaran PM mungkin tindakan peringkat lebih tinggi di Meta - Fahmi
 
Dalam beberapa siri perbincangan bersama pengurusan Meta peringkat Asia Tenggara setakat ini, pihak terbabit memberi bayangan bukan mereka yang menurunkan hantaran terbabit.


7. Olimpik Paris 2024: Tewas bermaruah, Aaron-Wooi Yik tidak beri laluan mudah untuk regu China

Saingan yang penuh dramatik dan cukup mendebarkan! Itu gambaran tepat untuk aksi separuh akhir antara beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berdepan beregu utama dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.


8. Duta Palestin puji sokongan Malaysia menjelang perhimpunan di Arena Axiata

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menzahirkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia atas sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin.


9. Hannah puji semangat kental Pearly-Thinaah

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya perjuangan beregu wanita negara Pearly Tan-M-Thinaah pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih belum berakhir dan kini beralih kepada misi meraih podium.


10. Ditegur tak hadir, MUDA kecewa dengan respons Fahmi Fadzil

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menegur ketidakhadiran parti itu dalam sesi libat urus kementerian pada 15 Julai yang lalu sebagai 'mengambil kesempatan untuk memperlekehkan MUDA'.