ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Jun 2024.


1. Setiap sen hasil subsidi diesel dipulangkan kepada rakyat seadilnya - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menegaskan penjimatan daripada penyasaran subsidi yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan akan dikembalikan kepada rakyat seadilnya.



2. Polis akan minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan kes Zayn Rayyan

Polis akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menurunkan tangkap layar yang didakwa laporan siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak malam tadi.


3. Motif serangan terhadap Faisal Halim, 2 pemain bola sepak belum dapat ditentukan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat menentukan motif insiden serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim dan dua lagi pemain bola sepak negara, setakat ini. 


4. Pendaki maut di gunung Alaska: Zulkifli sempat hantar isyarat kepada keluarga 

Keluarga Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37 tahun, tidak menyangka Allahyarham akan menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti paling digemarinya.


5. Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan. 


6. Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R

Seorang anggota polis ditemui mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di Nilai pada Khamis.


7. Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri

Seorang lelaki yang dipercayai memukul dan menikam isterinya hingga mati dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh.


8. PM arah PDRM siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn Rayyan

PDRM diarah untuk melakukan siasatan rapi ke atas kes simbah asid pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.


9. Taman tema Genting Highlands dilapor terbakar

Kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.


10. 5 termasuk remaja 17 tahun ditahan terbabit promosi aktiviti persundalan 'Geng Miza Ozawa'

Lima individu termasuk dua pelakon video seks yang mempromosikan aktiviti persundalan di platform media sosial Telegram dengan bayaran antara RM450 dan RM550 bagi setiap kandungan ditahan pada 6 Jun lalu.