China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar dan menghubungkan habitat 85 peratus daripada populasi panda liar di negara ini, menurut Guan, lapor agensi berita Xinhua.
Pada masa ini, populasi panda raksasa liar di China dianggarkan sekitar 1,900 ekor.
Beliau menambah bahawa China telah menjalin kerjasama penyelidikan pemuliharaan panda raksasa dengan 26 institusi di 20 negara, yang menyaksikan kelahiran 71 anak panda.
Pada masa depan, China akan memperkukuh pembangunan Taman Negara Panda Raksasa, membina platform kerjasama penyelidikan panda raksasa bertaraf dunia, serta melaksanakan kerjasama dan pertukaran yang lebih meluas mengenai panda raksasa, menurut Guan.
-- BERNAMA