ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.


1. PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.



2. KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual

Produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.


3. Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula

Keputusan itu dibuat atas faktor pemain kelahiran Kedah itu memerlukan rehat untuk memulihkan kecergasannya sebelum temasya berprestij, Sukan Olimpik Paris, Julai ini.


4. Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.


5. SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki

peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir telah berhubung dengan pegawai penyiasat kes mengenai tempoh pengisytiharan itu.


6. Seniman S Amin Sahab dirawat di CCU, IJN

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Produksi Luncai Emas, Mohd Khirin Omar, seorang lagi penulis lirik terkenal yang lebih mesra dikenali sebagai Keon.


7. Isu 'parallel pathway' mungkin perlu pindaan undang-undang - Fahmi

Beberapa pindaan mungkin dilakukan terhadap undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan isu Program Latihan Ijazah Kepakaran atau Parallel Pathway.


8. Sokong Palestin: Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penuntut universiti di negara-negara Islam tidak banyak memberikan reaksi berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin.


9. Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan, malah menyebabkan syarikat pelaburan strategik negara itu mengalami kerugian.


10. PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.