Wanita berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Liu dan juga berasal dari Tianjin. Suaminya melaporkan isterinya mempunyai banyak bintik hitam dan sebahagianya berwarna gelap serta bertompok besar.
Selepas mengunjungi sebuah hospital., Liu didiagnosis penyakit neurofibromatosis dan bintik cafe-au-lait.
Dia yang bimbang mengenainya terus mendapatkan sembilan rawatan laser untuk membuang bintik atau tompok besar di Hospital Dermatologi Jinmen Tianjian dengan kos berjumlah 100,000 yuan (RM61,650).
Namun, Liu memaklumkan kepada doktor bahawa simptomnya semakin teruk berikutan prosedur itu.
Ibu Liu pernah mendedahkan anaknya pernah menghentikan rawatan ini akibat terlalu sakit kerana penggunaan ubat anestetik atau ubat bius yang tidak teratur.
Pada 21 Oktober, semasa prosedur ke-10, Liu dilaporkan mengalami pening selepas disapu dengan krim anestetik.
Walaupun doktor menanggalkan penggunaan krim itu, Liu didapati mengalami sawan dan serangan jantung.
Selepas Liu telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan segera, malangnnya dia didapati meninggal dunia 10 hari kemudian.
Doktor kecemasan melaporkan bahawa Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan. Mayatnya telah dihantar untuk bedah siasat keputusan belum diketahui.
Namun, suami Liu mengesyaki bahawa pemberian jumlah ubat bius yang berlebihan telah mencetuskan tindak balas alahan sehingga menyebabkan kematian isterinya.
Insiden itu telah tular di China apabila netizen topik berkaitan isu ini.
Seorang wanita di Weibo, mendakwa sebagai rakan Liu, mendakwa bahawa pihak hospital tidak mempunyai penjagaan kecemasan yang mencukupi sehingga mengakibatkan kematian Liu. - Sinar Harian memetik agensi