Perkara itu dikongsi Baddrol yang memberitahu, bayinya yang berusia 12 bulan itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Resort Homes Cinta Sayang, di sini, sekitar jam 3.15 pagi tadi.
Baddrol yang ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) berkata, pemergian Muhammad Darwisy disedari isterinya, Nur Izyan Mustafa Khalid, ketika mahu memberi susu kepada anak bongsu kembar itu.
"Isteri saya terkejut mendapati mukanya berubah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Saya kemudian menghubungi ambulans sebelum disahkan anak sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba selepas itu," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH.
Muhammad Darwisy merupakan kembar kepada Dhiya Dinara.
Selesai urusan jenazah di HSAH, jenazah Allahyarham Muhammad Darwisy dibawa ke Masjid Al-Muttaqin Taman Ria untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria untuk dikebumikan.
Selain Allahyarham Muhammad Darwisy dan kembarnya, Dhiya Dinara, Baddrol dan isterinya juga
mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Dhia Daniya, 4, dan Dhia Delisha, 9.
Sebelum terjun dalam gelanggang politik, Baddrol merupakan lagenda bola sepak Kedah dan pernah mewakili negara di peringkat kebangsaan.
