Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Selain itu, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.
"Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.
Anggota Polis Bantuan tambahan juga telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.
Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini, dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL.
-- BERNAMA
