ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Februari 2024.


1. Anak kakitangan hospital maut, tertinggal 4 jam dalam kereta diparkir

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di kawasan parkir Hospital Shah Alam.



2. Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini - Dr Zaliha

Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dikeluarkan minggu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


3. Institusi diraja wajib, boleh bersuara jika lihat ketidakadilan - Syed Ali Tawfik Al-Attas

Institusi diraja wajib dan boleh bersuara sekiranya melihat sesuatu perkara yang tidak adil berlaku di dalam negara melibatkan sebarang isu termasuk politik, kata Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.


4. IHPR merudum, Muhyiddin dakwa Kerajaan acuh tak acuh urus ekonomi rakyat

Aliran negatif Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) pada kadar 1.3 peratus Disember 2023, berpotensi menyebabkan pengeluar mengehadkan input pengeluaran.


5. 'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong

Sultan Ibrahim turut mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.


6. “Sentiasa menunggu kepulanganmu, however long it takes” - Yana Najib

Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib berkongsi luahan hati sambil berkongsi gambar bapanya di Instagram Story.


7. Agong, Raja-Raja sokong kerajaan pertingkat tatakelola bersih negara daripada rasuah - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja-Raja sealiran menyokong langkah kerajaan mempertingkat tatakelola membersihkan negara daripada amalan rasuah.


8. 'Keputusan pengampunan Najib bakal beri implikasi besar' - KJ

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin beranggapan bahawa sebarang keputusan dibuat Lembaga Pengampunan berhubung kes mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi implikasi besar terhadap negara.


9. Wujudkan Akta Salah Laku Penjawat Awam, tingkat keupayaan perangi rasuah - Akhbar Satar

Akta Salah Laku Penjawat Awam perlu diwujudkan oleh Kerajaan sebagai usaha tambahan memerangi rasuah dengan berkesan.


10. Legenda bola sepak Beckham hangatkan pelancaran AMGFP

Kehadiran ikon bola sepak Inggeris, David Beckham pada program Adidas Bola Sepak Wanita Malaysia (AMGFP) menggamatkan suasana pelancarannya yang berlangsung di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara di sini, hari ini.