ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Januari 2024.


1. Sultan Ibrahim dimasyhur Yang di-Pertuan Agong Ke-XVII

Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini bagi tempoh lima tahun.



2. Cakna kepentingan ilmu, perkasa ummah faktor Sultan Nazrin dikagumi rakyat

Sifat Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang cakna terhadap ilmu pengetahuan amat disanjung warga institusi pendidikan tinggi di negara ini, menyifatkan Sultan Perak itu figura yang sangat mencintai ilmu.


3. Saman fitnah: Mahfuz diperintah bayar RM250,000 kepada Sanusi

Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada Rabu.


4. Pengemis warga asing raih RM10,000 sebulan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan tujuh pengemis asing dalam Op Bersama di sekitar pasar malam Gelang Patah, pada Selasa.


5. Pelajar merokok dalam tandas calon SPM, telah dibuang sekolah

Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.


6. 'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah

Seramai empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’, didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, masing-masing atas satu pertuduhan memiliki video lucah.


7. Gangguan bekalan air di Langkawi ekoran El Nino

Gangguan bekalan air berlaku di beberapa kawasan di Pulau Langkawi berpunca daripada ketidakcukupan sumber air mentah untuk diproses berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda negara khususnya di bahagian utara Semenanjung.


8. SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.


9. Pengampunan Najib: Saya bukan sumber media antarabangsa itu - Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengakui perkara berhubung pengampunan diraja bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ada dibincangkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, tetapi menegaskan kenyataan rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh Lembaga Pengampunan.


10. Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja asing yang mula dilaksanakan Mac tahun lalu.