ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Oktober 2023.


1. 5G Kedua: PM lihat Huawei alternatif terbaik, mahu seimbangkan teknologi timur dan barat

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bualnya bersama Time pada pertengahan September lalu, telah memberi bayangan bahawa gergasi teknologi China, Huawei, akan dipertimbangkan untuk pembinaan rangkaian 5G kedua negara ini.



2. Belanjawan 2024: Peruntukan RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah - Anwar

Kerajaan memperuntukan RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 yang dikenali sebagai Belanjawan Madani Kedua, sekali gus menyaksikan belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan dalam sejarah negara.


3. Belanjawan 2024: Kerajaan tambah baik tatakelola GLC, pengurusan hutang negara - Anwar

Kerajaan akan menambah baik kemampanan hasil, perlindungan sosial, tatakelola syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengurusan hutang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar

Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semua dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan tersebut di pasaran.


5. Belanjawan 2024: Pembinaan 5 stesen LRT 3 diteruskan dengan kos RM4.7 bilion

Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.


6. Belanjawan 2024: KKM terus terima peningkatan peruntukan terbesar, RM41.2 bilion

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima peningkatan peruntukan terbesar tahun depan, dengan jumlah RM41.2 bilion berbanding RM36.3 bilion tahun ini.


7. Belanjawan 2024: KPM terima peruntukan tertinggi, RM58.7 bilion

Pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan MADANI Kedua, dengan Kementerian Pendidikan diperuntukkan RM58.7 bilion berbanding RM55.2 bilion pada tahun 2023.


8. Belanjawan 2024: 'Kita bukan bersifat maksum, ada kekurangan perlu diperbaiki' - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau berpuas hati dengan perincian pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri pada Jumaat.


9. Tiada pertemuan, panggilan telefon antara PM dan MP Kuala Kangsar - TPM Zahid

Sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kepada Kerajaan Perpaduan adalah atas pilihan peribadi.


10. MYAirline: Sabah hilang 6,000 penumpang seminggu

Penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirline yang berkuat kuasa semalam telah menyebabkan Sabah kehilangan 6,000 penumpang seminggu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.