ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Ogos 2023.

1. PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 9 September nanti.


2. PRK: Saingan tiga penjuru di DUN Simpang Jeram

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru termasuk seorang calon Bebas.


4. Nahas Elmina: Lebih 10 individu dirakam percakapan - KP Selangor

Polis telah memanggil lebih 10 individu setakat ini bagi merakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat sini pada 17 Julai lepas.


5. PRK: Tempoh kempen bermula, calon atur strategi pikat pengundi

Sebaik tamat tempoh proses penamaan calon pada pukul 10 pagi tadi, calon-calon yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kini mula ligat melaksanakan strategi untuk memikat pengundi.


6. Malaysia akan buka semula kedutaan di Iraq

Malaysia akan membuka semula kedutaan di Iraq yang ditutup sejak dua dekad lalu, sekali gus membawa lembaran baharu dalam hubungan dua hala dengan negara Teluk itu.


7. INSAN: Kerajaan Selangor mahu rakyat dilindungi insurans am - Teng Chang Khim

"Niat kerajaan negeri adalah untuk memberi perlindungan insurans am kepada 6 juta rakyat di Selangor. Itu sahaja."


8. Gaji minimum kekal di bawah dasar sistem gaji progresif - Sivakumar

Gaji minimum RM1,500 masih dikekalkan di bawah kerangka dasar sistem gaji progresif yang bakal diperkenal oleh kerajaan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.


9. Teguran PM tiada lambang parti ketika salur bantuan kerajaan, tepat - Loke

Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan dengan menggunakan lambang parti adalah tepat dan perlu dipatuhi semua pihak.


10. MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.