ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Julai 2023.

1. Mat London kembali ke rahmahtullah

Sekitar pukul 5.57 pagi tadi, karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau lebih tersohor dengan panggilan Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit.


2. Penunggang wanita buat aksi 'Superman', zig-zag di Lebuhraya PLUS serah diri

Dua wanita, yang dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya dan melulu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), seperti tular di media sosial, menyerah diri kepada pihak polis malam tadi.


3. Kajian Pengundi Melayu Selangor: 68% puas hati prestasi Anwar, Kerajaan Perpaduan

Sebanyak 69 peratus responden Tinjauan Pendapat Pengundi Melayu Selangor yang dijalankan Endeavour-MGC berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


4. Sindiket kereta mewah: Tujuh ejen Kastam ditahan SPRM

Kesemua suspek berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan secara berasingan antara pukul 5 petang dan 10.30 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kedah.


5. Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan

Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia.


6. Isu 3R: Polis terima 31 laporan terhadap Sanusi - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis telah membuka kertas siasatan membabitkan Muhamad Sanusi pada Rabu.


7. Elaun minimum RM800 buat pelatih industri di pejabat kerajaan, GLC - PM Anwar

Pelajar yang menjalani latihan industri di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun perantisan minimum sebanyak RM800 sebulan.


8. PM Anwar adakan sidang video bersama Elon Musk

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan secara maya dengan usahawan aeroangkasa terkemuka dunia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX dan Tesla Inc, Elon Musk pada Jumaat.


9. Lebih 200,000 terima SARa RM600 bermula Isnin - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.


10. Kerajaan akan keluarkan Pas Pelabur Strategik untuk jadikan Malaysia destinasi pelaburan global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan akan mengeluarkan Pas Pelabur Strategik (SIP) secara aktif kepada pelabur dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global.