ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.


1. Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini

Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.



2. Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia

Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.


3. Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi tadi.


4. Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku

Mengikut pertuduhan, tertuduh, N. Deanesh, 53, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 80.


5. Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar

Kerjasama multilateral ini tidak boleh menggunakan formulasi elit atau pendekatan kuasa-kuasa besar memaksakan aspirasi tertentu kepada negara-negara kecil.


6. 85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperkasakan sesi penerangan untuk memastikan baki 15 peratus lagi penjawat awam memilih opsyen berkenaan.


7. Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan membawa pendekatan perkhidmatan kesihatan berasaskan nilai bagi menangani isu caj hospital swasta yang dilaporkan semakin meningkat.


8. Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.


9. Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind

Tiada entiti tunggal mampu menangani pelbagai cabaran keselamatan siber yang dihadapi pada masa ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.


10. Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam

Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.